wELcOme!! =)

anNEyOsAyO...hYe CmUA..BtW ThaNKS LOrr..=)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 21, 2013

Koyok Kaki Detox Foot Patch





Salam semua..

Disini saya nak promote Detox Foot Patch atau koyok kaki..

1 Packet rm9.00 (kalau kat pasar karat ada peniaga jual rm10.00)

Sepacket ada 10 keping..

Kalau beli lebih dari 3 packet..sepacket cume rm8.00..

Kalau nak beli borong pun boleh..mean 200 keping keatas..harga leh runding..

tq..0177242597 (khudzairi)



Tuesday, April 23, 2013

dilamun rindu :(

salam..da lame da tak menulis di sini..bz sikit..
btw sebenarnya sedih juga..rindu!!!..


Sunday, October 21, 2012

PERASAAN BERCAMPUR ADUK..MACAM ROJAK DAA.

HAI SEMUAA..
DA LAME DA SYA TAK UPDATE..
APE KABAR SEMUA..
SIHAT?

PERASAAN BERCAMPUK ADUK TAK?
KALO SAME, GIVE ME 5..

MUNGKIN KALI NI SAYA NAK SHARE LAGU NIE JEW..
LIRIK NYA...LIRIK NYA..SELAMAT MENDENGAR..LIRIK NYA SAME MACAM LIRIK DALAM DIRI INI..HIHI..

SAYA PERNAH DGR..IDUP KENE EPI..SO SAYA PUN TRY EPY..JOM U OLLZ.

NI LAGUNYA.."RINDU INGIN BERTEMU"..DGR LAGU JE K..VIDEO CM KURENG..BYE2 U OLLZ..







Saturday, August 25, 2012

6 Ekar Tanah di Kg. Temenin, Kota Tinggi

Hai u ollz..
Ada benda penting nak share..

Ni info nya k :

-Freehold
-Rezab Melayu
-Tanah yang berbentuk segi empat (MENARIK)-4574
-Di Kg. Temenin, Kota Tinggi johor
-Berdekatan dengan AIR TERJUN KOTA TINGGI (12KM)
-Sangat sesuai untuk dimajukan
-Harga Jualan : RM70K Seekar @ RM420K
-Harga murah..lelong

Berminat sila hubungi/sms:
EN KHUDZAIRI - 013-7591197

If u ollz nak share2 ngan relative korang ke, sape2 ke..di persilakan.. harta untuk masa hadapan :)..
Tq..

Tuesday, February 7, 2012

maafkan saya =(

assalamualaikum sayangku..
bila kamu membaca entry ini..
saya harap kamu maafkan saya..
mungkin pada malam ini saya telah buat diri mu
moody jew..
saya tau saya silap...saya anggap kamu makan bersama kawan2 mu..
pada hakikat nya rupanya cafe di tempat kamu menginap tidak buka..
mungkin ini salah ku kerana tidak mengambil tahu tentang cafe ini..
maafkan diriku sayang..
apabila saya mula serba salah..
saya mula menanyakan kamu untuk perlu kah saya ke tempat mu
dengan pertanyaan yang sama sebanyak 3 kali..jawapan kamu sama jew
"x pelah..sayang ok jew"..
saya mula ragu2 untuk kesana..betul ke katanya itu...
eermmm..saya mula berfikir..saya perlu percaya padanya..
saya perlu yakin yang dye ok...
saya pulak jenis ikut kata orang yang saya sayang sgt2..
dlm fikiran saya mungkin betul dye ok..
tertibe..rupenya dye hanya menguji diriku...(saya=aku)..hihi
aku x dtg menunjukkan aku ni x syg kat dye(anggapan nya) =(
biasala kan...setiap orang mempunyai padangan yang berbeza..
so aku hanya dapat terdiam jew..terkelu diriku..maafkan saya awak...
nasib baek kawan dye perasan and lawa dye untuk makan makanan ringan..
yelakan..saya tau awak ni jenis tak suka susah kan orang lain..
dengan saya pun awak selalu macam nie..
awak2..pasnie awak tanya jew dulu k..
jangan laa terus assume saya penat kee...bz kee..x mao laa..ok?
kadang2 saya tak perasan and saya fikir awak keluar and mamum ngan kawan awak.
so nanty awak ingat n sedar kan saya k..
and saya harap awak sedar saya lebih pentingkan awak dari orang lain..
saya sedar saya banyak kekurangan..and saya tak dapat setiasa gembira kan awak..
yang penting, saya nak awak tahu saya sayang kan awak..
saya risau tentang awak lagi2 bila awak lapar..
saya nyesal dengan tindakan saya malam ini..
k laa..bila awak baca entry ini..
saya nak mintak maaf if saya ada wat salah kat awak..
btw tc awak =)
wasalam..

khasiat air ludah

Assalamualaikum semua..
kali ini entry saya pasal khasiat air ludah..
Rahsia Perubatan Disebalik Air Ludah | Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan ludah sebagai ubat.  Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki.  Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu.  Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun.
Petua menggunakan ludah untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua.  Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut.  Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh.  Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil  sedikit air ludah sendiri dengan satu jari.  Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka.  Nescaya cepat sembuh.
Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah.  Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin.  Menurut orang tua-tua, supaya ludahnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.
Kajian Saintifik tentang Ludah
Menurut satu kajian saintifik Belanda, zat dalam air ludah dapat menyembuhkan luka.  Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air ludah yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka.
Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain.  Saintis juga menjangka, air ludah boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit.
so kalo boleh juga amal kan bangun tidur minum air suam k..=)
selamat beramal semua=)

Saturday, February 4, 2012

salam maulidur rasul 2012

ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera Semua,

Tepat jam 12.00 mlm ini, iaitu tanggal 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433, seluruh umat Islam seluruh Malaysia akan menyambut Maulidur Rasul SAW. Tema yang dipilih pada kali ini (2012) ialah “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”, selaras dengan tema Maal Hijrah 1433. =)

Diharapkan anda berada dalam keadaan sihat Sejahtera dalam menjalani kehidupan anda seharian..Pada entri kali ini saya ingin berkongsi tentang isi kandungan Khutbah terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W sebelum baginda pergi meninggalkan kita buat selamanya...

Semoga isi kandungan Khutbah ini akan dapat menjadi panduan dan pedoman kepada kita sebagai umat Akhir zaman yang terlalu banyak cabaran, halangan, dan dugaan...
Sehingga dikatakan iman umat Islam Akhir zaman pada hari ini adalah senipis kulit bawang..
Nauzubillah... Semoga Kita sentiasa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman sehingga ke penghujung nyawa kita... Insya Allah...
Jadi, marilah kita sama-sama membaca, menghayati dan memahami Isi Kandungan Khutbah terakhir Rasulullah SAW...


Tarikh  : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah. 

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil. 

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh. 

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. 

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. 

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.
semoga korg semua dpt menghayatinya dan sama2 laaa brubah ke jalan yg benar..amin..
sekian.=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...