wELcOme!! =)

anNEyOsAyO...hYe CmUA..BtW ThaNKS LOrr..=)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 25, 2011

susahkan hendak memahami seseorang

salam semua..humm..
ape pandangan korang?
susah@senang..
bagi aku laa..
Memang susah untuk kita memahami niat 
seseorang dan memang susah untuk mencari orang yang memahami kita...
Serius, aku juga susah nak memahami orang lain..
Kalau lah waktu esok sama seperti hari ini, akan aku perbaiki setiap salah silap diri ni...
Tapi ye la kan, Setiap apa yang terjadi telah tertulis...
tak begitu..hihi
ari tu aku ada terbaca la satu article nie..
"Cinta tanpa pemahaman hanyalah suatu masa yg dipenuhi kegembiraan semata-mata"..
alamak..aku da termasuk dalam bab cinta..
so korg kene sanggup layan k..hi2

Betulkah apa yang dikatakan..? Bagi aku sendiri antara komponen penting dalam percintaan adalah pemahaman yang mana akan menjadi tunggak kekuatan sebuah ikatan...
Ini seterusnya akan mengukuhkan apa yang kita pegang selama ini...
Percaya atau tidak cuba anda imbas kembali kenangan anda... Adakah setiap hari penuh dengan kegembiraan? 
Anda pernah dilukai oleh si dia yang anda sayangi?
Anda pernah melukakan si dia?
Anda pernah dilupai walaupun seketika oleh si dia?
Atas nama cinta jugalah anda masing-masing memaafkan sesama sendiri...
Kerana konflik yang terjadi itu wujud dari proses memahami satu sama lain...
Memahami seseorang itu tidak akan pernah tamat kerana manusia sendiri unik untuk difahami...
Jika kita hanya mahu kegembiraan atau jika cinta hanya penuh kegembiraan itu hanya igauan anda sahaja...
Walau dalam persabahatan sendiri ada konflik yang wujud akibat pemahaman terhadap sahabat...
Cinta tanpa pemahaman hanyalah suatu masa yang dipenuhi kegembiraan kerana kita merealisasikan  ilusi kita yang mana cinta itu hanyalah kegembiraan...
Kita tidak mahu memikirkan konflik yang sedang berlaku...
Kita hanya mengisi masa lapang kita dengan si dia...
Sedarkah kita hanya menggunakan si dia untuk melihat kegembiraan yang kita realisasikan dari ilusi minda?
Jika kita berasa bosan dengan konflik yang terjadi dalam hubungan anda, ini antara ciri-ciri anda dalam situasi seperti yang dibincangkan...
Anda tidak mahu memahami situasi dan kehendak pasangan anda...
Ego inilah yang meruntuhkan banyak hubungan...
Anda berpegang kepada ego ini bahawa percintaan hanyalah dipenuhi masa kegembiraan...
Hakikatnya konflik yang terjadi akan membawa anda setapak lebih rapat mengenali dirinya...
hihi..tol x?..
btw aku pun tak pakar cgt pasal bab22 nie..
kompem korg lg hebat kn..
so..kalo mcm ad yg tak tepat sory k..
k laa..smoga kita semua sentiasa dapat memahami antara satu sama lain..=)..

2 comments:

Hana Foswana said...

aku pon x tau bab2 ni~ tp ok la..pandai bermadah ek..huu^^

bobob said...

@hana foswana:..hi2..yela tu x taw..bukn hang ka ajar aku..kah2..ckit2..=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...